Pertandingan Digital Story Telling Animation 2020 peringkat negeri Terengganu diadakan lagi pada tahun ini.  Sila rujuk pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/digitalstorytellinganimation/dst-2020 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pertandingan. Pelajar yang ingin menyertai boleh berjumpa dengan Cg. Farhana binti Naupa dengan segera kerana tarikh akhir pertandingan adalah pada 15 Ogos 2020. Sekian harap maklum.

Ahad, 19 Julai 2020- SMK Sultan Sulaiman mengalu-alukan kedatangan Cikgu Mohd Zulkifli bin Abdul Wahab sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang baharu bagi menggantikan Cg. Mohd. Fadzli bin Yusof. Semoga kecemerlangan pengurusan HEM dapat diteruskan di bawah seliaan Cg. Mohd. Zulkifli. 

Tahniah dan Terima kasih Cg. Fadzli bin Yusof mantan PKHEM di SMKSS. Semoga terus Cemerlang Gemilang Terbilang di sekolah baru iaitu di SMK Bukit Tunggal sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berada di SS amatlah kami hargai dan sanjungi.

 

Kuat lemari menggunakan kayu jati
Tempat rak juga menyimpan buku
Teriring doa tulus dari kami
Semoga guru betah di sekolah baru

 

Selasa, 14 Julai 2020- Terima kasih kepada Encik Ab. Rasid bin Jusoh dan keluarga atas sumbangan thermometer kepada SMK Sultan Sulaiman. Sumbangan anda amat dihargai dan dimanfaatkan untuk semua warga sekolah.