Ahad, 12 Julai 2020- Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membuat lawatan ziarah cakna di rumah adik Mohd. Hazeem Thaqif iaitu pelajar tingkatan 5 Efektif. Semoga adik Hazeem cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses rawatan di hospital serta dapat kembali semula belajar bersama dengan rakan-rakan di sekolah.

 

Pada hari Ahad, 14 Jun 2020, SMK Sultan Sulaiman telah melakar sejarah tersendiri apabila meraikan persaraan guru iaitu MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH BAKTI DIJULANG bagi meraikan Cg. Rosseli bin Mohamad, Cg. Wan Rahimah binti Tun Ibrahim dan Cg. Azirah binti Abdul Aziz. Walaupun pertama kali sambutan itu diadakan secara langsung dalam talian kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19, majlis berlangsung lebih satu jam itu tetap meriah dengan penyertaan YDP PIBG iaitu Encik Aminuddin bin A. Razak, guru-guru dan staf sokongan. Selain itu, Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Bakti Dijulang itu turut ditonton 200 orang guru dan murid kerana disiarkan secara langsung menerusi Youtube saluran SSTV iaitu TV PSS SMK Sultan Sulaiman.

Bagi Tuan Pengetua Cemerlang, Puan Wan Rohana binti Wan Mansor, majlis itu berjaya merubah naratif lama keluar daripada kebiasaan dengan melaksanakan satu majlis secara maya dan beliau teruja kerana majlis itu berlangsung dengan lancar serta sempurna walaupun kali pertama diadakan. Majlis dimulai dengan ucapan dan diikuti tayangan video serta deklamasi sajak bagi menghargai jasa bakti dan pengorbanan guru dalam dunia pendidikan. TERIMA KASIH CIKGU. JASA BAKTIMU DISANJUNG TINGGI. 

 

SAJAK PERPISAHAN

 

Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih
 
Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan
 
Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan
 
Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada

 

Sila klik pautan untuk menonton video Majlis Persaraan Cg. Roslee, Cg. Wan Rahimah dan Cg. Azirah. https://www.youtube.com/watch?v=TrOakdOy7Vo