Pada 14 hingga 17 Oktober 2019, SMK Sultan Sulaiman telah dipilih menjadi salah satu pusat ujian bagi kemasukan pelajar tingkatan satu ke sekolah berasrama penuh bagi sesi 2020 dengan menerima seramai 240 orang calon. Ujian ini telah dilaksanakan di Makmal Komputer. Seramai 12 orang petugas telah dilantik daripada kalangan guru dan staf sokongan bagi melicinkan perjalanan program.