Tahniah dan syabas kepada 3 orang guru daripada SMK Sultan Sulaiman yang telah dinobatkan sebagai Johan Berkumpulan dan Naib Johan Individu bagi Pertandingan Inovasi PdP 3 Minutes Pitching. Johan Berkumpulan diwakili oleh Cg. Noorhasliza binti Mohamad dan Cg. Sharifah Hidayah binti Syed Taufik Idid dengan inovasi Kit Abang Sado. Manakala Naib Johan Individu diwakili oleh Cg. Zalina binti Zakaria dengan inovasi Dadu Mitosis. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan sempena Hari Terbuka PPDKT.
Pertandingan Inovasi PdP 3 Minutes Pitching
- Details
- Written by Administrator
- Category: Berita
- Hits: 282