Tahniah dan syabas kepada adik Muhammad Ilham Ikhwan bin Zulkifli dari tingkatan 1 Harmoni telah mendapat Naib Johan  kategori bawah 15 tahun perseorangan  dalam Kejohanan Badminton MSST 2022.

Sumbangan 6 orang anak pelajar SMKSS bersama jurulatih, Cikgu Nor Fadhli dan Cikgu Norazam membawa kejayaan JOHAN Keseluruhan Merentas Desa MSST 2022 baru-baru ini. Tahniah kepada dua orang pelajar SMKSS iaitu Rasyidah dan Nasran terpilih mewakil negeri Terengganu ke peringkat MSSM yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

 

Seramai 20 orang pelajar telah menyertai program pagi ini dengan jumlah keseluruhan kutipan 300kg. Terima kasih kepada ibu bapa dan pelajar yang turut serta turun padang bagi memeriahkan aktiviti ini. Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada semua warga sekolah.