By A Website Design

Print
PDF
19
Jan

Perutusan Pengetua

 cg samsudin berkod

Encik Samsudin bin Ismail
 

Organisasi Pendidikan termasuk sekolah pada alaf baru perlu bersedia menghadapi kemungkinan dan perubahan-perubahan. Oleh itu, sekolah sebagai agen perubahan juga mempunyai dimensi yang kukuh, jitu dan mantap dalam semua aspek untuk menyesuaikan dengan perkembangan yang telus dan berterusan. Sekolah bukan lagi sekadar wadah menimba ilmu pengetahuan tetapi sekolah merupakan intitusi yang holistik atau menyeluruh.Sekolah bukan lagi berintipati akademik tetapi mencakupi aspek sosial, akhlak dan sahsiah, budaya, nilai dan sebagainya. Tegasnya, sekolah bukan sahaja memberi output kecemerlangan akademik tetapi juga kecemerlangan dalam bidang-bidang lain termasuklah Pentadbiran dan Pengurusan, Kokurikulum, sahsiah dan akhlak, budaya dan iklim sekolah. Kecemerlangan dalam semua aspek tersebut akan membina sekolah ke arah sekolah Berprestasi Tinggi.

SMK Sultan Sulaiman (SMKSS) sentiasa memberi perhatian terhadap kecemerlangan. Matlamat sekolah tersebut di terapkan ke dalam Misi dan Visi sekolah agar difahami dan dihayati oleh semua warga sekolah.Melalui Visi dan Misi semua warga pendidik SMKSS akan memberikan kerjasama dengan penuh iltizam dan komited supaya sekolah akan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang; akademik, Kokurikulum, budaya dan iklim sekolah, akhlak dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada satu pihak sahaja tetapi ianya merupakan satu pengembelingkan tenaga semua pihak yang terlibat dengan sekolah secara langsung dan tidak langsung.Adalah diharapkan agar semua warga sekolah ini akan berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan dan mencapai misi dan visi sekolah .

Matlamat sekolah berteraskan kecemerlangan hanya dapat dicapai melalui komited dan iltizam semua pihak; pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan kakitangan sokongan sekolah. Pelbagai program yang terancang dilaksanakan oleh semua pihak agar matlamat tersebut akan tercapai dan dikekalkan berterusan. Target yang ditetapkan melalui auditan hasilan ada yang sudah dicapai. Kekuatan dan dorongan mencapai sasaran dalam pelbagai aspek telah dipupuk melalui moto sekolah- Pelajar cemerlang SS Terbilang.

Sekian , terima kasih.

Hubungi Kami

SMK Sultan Sulaiman
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Tel : 09-6175315 / 09-6176221
Faks : 09-6170518

Email : teb3091@yahoo.com.my

Klik untuk Lokasi