Mesyuarat Guru Kali Pertama 2018
Pada 27 dan 28 Disember 2017 telah diadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bertempat di Dewan Gemilang melibatkan 156 orang guru. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengetua SMKSS, Cg. Samsudin bin Ismail. Perbincangan mengenai perancangan sekolah melibatkan pengurusan guru dan murid, pengurusan akademik, pengurusan HEM dan pengurusan Kokurikulum bagi tahun 2018 telah dibentangkan. Semoga semua perancangan ini dapat meningkatkan prestasi semua warga SMK Sultan Sulaiman.