By A Website Design

Print
PDF
28
Feb

Majlis Pewatikahan Pemimpin Pelajar 2017

Pada 27 Februari 2017 SMK Sultan Sulaiman telah mengadakan Majlis Pewatikahan Pemimpin Pelajar 2017 bertempat di Dewan Gemilang. Majlis dimulakan pada 7.50 pagi dengan ketibaan VIP Jemputan yang juga Perasmi Majlis iaitu Yang Setia Penolong Pesuruhjaya Bomba Azlimim bin Mat Noor, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh Adik Afiq Nazran bin Mohd Noor dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengetua, En. Samsudin bin Ismail dan ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bacaan ikrar pemimpin pelajar diketuai oleh Adik Danish Syauqi bin Mohd. Naqiuddin Lee. Sementara Adik Muhd. Faris bin Mohd. Shukor telah menyampaikan ucapan sebagai Ketua Pengawas Sekolah yang telah dilantik. Majlis ini diadakan bertujuan memupuk semangat kepimpinan pelajar serta memberi pengiktirafan kepada mereka sebagai pemimpin pelajar yang dilantik.

Print
PDF
23
Feb

Kejohanan Balapan dan Padang SMKSS 2017


Pada 23 Februari 2017 telah diadakan Majlis Kemuncak Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-67 di Padang SMK Sultan Sulaiman dengan dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Zamri bin Awang Hitam, Pegawai Penyelaras DUN Batu Buruk. Kejohanan ini telah bermula sejak 20 Februari 2017 bagi acara-acara awal. Pada tahun ini Rumah Laksamana telah merangkul Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan 2017. Tahniah kepada Ketua Guru Penasihat, Cg. Ahmad Yusof serta rakan pasukannya kerana telah berjaya merampas kembali gelaran juara keseluruhan yang telah dimenangi oleh Rumah Mahkota pada tahun lepas. Semoga kejohanan ini memberi pengalaman yang berharga kepada semua guru dan pelajar di SMK Sultan Sulaiman.

Hubungi Kami

SMK Sultan Sulaiman
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Tel : 09-6175315 / 09-6176221
Faks : 09-6170518

Email : teb3091@yahoo.com.my

Klik untuk Lokasi