By A Website Design

Print
PDF
09
Apr

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform 2013

page

Pada 14 hingga 16 Mac 2013, SMK Sultan Sulaiman telah mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana Beruniform 2013 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin Kuala Terengganu. Semua murid Tingkatan 5 dan 6 Atas terlibat dalam aktiviti ini. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya ialah Merentas Halangan, Pertandingan Pertolongan Cemas, Pertandingan Masakan Rimba, Pertandingan Kebudayaan, dan Pertandingan Kraf. Diharapkan aktiviti perkhemahan ini dapat meningkatkan kreativiti dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

Print
PDF
09
Apr

Watikah Pemimpin Pelajar 2013

page

3 Mac 2013, Ahad- Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Badan Pengawas telah menganjurkan Majlis Watikah Pemimpin Pelajar 2013 dengan dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pemimpin pelajar sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas asrama. Semoga semua pemimpin pelajar dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengawas dengan dedikasi dan ikhlas.

Hubungi Kami

SMK Sultan Sulaiman
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Tel : 09-6175315 / 09-6176221
Faks : 09-6170518

Email : teb3091@yahoo.com.my

Klik untuk Lokasi