By A Website Design

Print
PDF
02
Jul

Ancaman Petya Ransomware

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera
Salam Negaraku


Tuan/Puan,


Notifikasi: Ancaman Petya Ransomware

Pihak kami telah menerima maklumat berkenaan ancaman Petya Ransomware. ygtBerdasarkan kepada maklumat ini, pihak kami juga telah melakukan semakan pada peralatan 1GovUC iaitu Email Security Gateway (ESG) dan Advanced Threat Protection (ATP). Tiada sebarang ancaman dikesan dan kedua-dua peralatan keselamatan tersebut berada di dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi ancaman ini.


Langkah-langkah pencegahan daripada serangan Petya Ransomware:

  1. Melakukan “backup” fail dan maklumat penting secara berkala untuk menghadkan kesan data atau kerugian sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Sebaiknya data yang di“backup” perlu disimpan pada peranti berasingan dan disimpan diluar talian.
  2. Memastikan perisian “anti-virus” dikemaskini.
  3. Memastikan sistem operasi dan perisian telah dikemaskini dengan “patches” yang terkini.
  4. Memastikan laman web yang diakses selamat untuk dilawati.
  5. Memastikan emel attachment selamat untuk dibuka.
  6. Mengasingkan sistem yang tidak dikemaskini daripada rangkaian.
  7. Sekiranya terkena jangkitan, sila maklumkan ke Unit Teknologi Maklumat di agensi dengan kadar segera.

 

Sekian Terima Kasih dan Salam Hormat.

 

1GovUC Info Centre

PMO 1GovUC

Hubungi Kami

SMK Sultan Sulaiman
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Tel : 09-6175315 / 09-6176221
Faks : 09-6170518

Email : teb3091@yahoo.com.my

Klik untuk Lokasi